Pertubuhan Perladang Kawasan Kalabakan (PPK) telah memberikan sumbangan berupa makanan kepada murid-murid Tahun 6 semasa Peperiksaan UPSR selama 4 hari bermula pada 11/09/2017 hingga 14/09/2017

Pertubuhan Perladang Kawasan Kalabakan (PPK) telah memberikan sumbangan berupa makanan kepada murid-murid Tahun 6 semasa Peperiksaan UPSR selama 4 hari bermula pada 11/09/2017 hingga 14/09/2017. Semoga jalinan kerjasama ini dapat dikekalkan serta ditingkatkan lagi pada masa akan datang. Terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan yang telah diberikan.

Advertisements

Sambutan Hari Guru Peringkat SK. Sungai Imam

 

This slideshow requires JavaScript.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2016

upsr

Kami Warga SK. Sungai Imam Mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

kad raya SKSI

Selamat Haru Guru 2016 Buat Semua Warga Pendidik

kad hari guru

Program KM1M 2015 Peringkat Sekolah

Kem Membaca 1Malaysia telah diadakan pada 21.04.2015 di peringkat sekolah.  Ia melibatkan semua murid dan warga SK. Sungai Imam.  KM1M merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina tabiat dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.



Penilaian Anugerah PSS Peringkat Pra Negeri Zon Tenggara Tahun 2015

This slideshow requires JavaScript.

 

Program Pendidikan Pergigian 2014

Guru-guru SK. Sungai Imam 2013

belakang

Selamat Datang Ke SK. Sungai Imam, Tawau

img055

 

Sekolah Kebangsaan Sungai Imam  telah dibuka pada 20 Mac 1967 dan terletak kira-kira 37 kilometer dari Bandar Tawau, Sabah.  Dalam tempoh penubuhan Sekolah Kebangsaan Sungai Imam sejak awal tahun 1967 hingga SEKARANG, seramai 8 orang guru besar telah berkhidmat di sekolah ini antaranya ialah : –

1. En. Abd. Latif bin Daiman (1967 – 1970)

2. En. Osman bin Palinus  (1971 – 1980)

3. En. Abd. Samat bin Ghani (1981 – 1985)

4. En. Iblani bin Hj. Jalbi (1985 – 1988)

5. En. Saidi bin Hj. Jamal (1988 – 1990)

6. En. Rusaing bin Hj. Bantage (1990 – 2006)

7. En. Hanusi bin Hj. Mohd. Said (2007 – 2010)

8. En. Mohd Fazil Yee bin Abdullah (2011 –  2015)

9. Pn. Nursiah Binti Saman (2015 – Kini)

Nama sekolah ini diambil sempena lokasi sekolah yang terletak dalam kawasan perkampungan iaitu Kampung Sungai Imam, Tawau, Sabah. Bilangan murid pada awal tahun pertama penubuhan sekolah ini ialah seramai 19 orang dan meningkat kepada 65 orang pada akhir tahun tersebut. Bermula pada tahun 2007, sekolah ini telah mencatat peningkatan jumlah murid seramai 216 orang dan melaksanakan kelas pendidikan pra-sekolah dengan bilangan murid seramai 23 orang.

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Sungai Imam Tawau sebagai sekolah yang cemerlang dan terbaik di dalam Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan Kokurikulum, Pembangunan Insan serta Pengurusan Keceriaan kerana semua murid dan guru mempunyai  potensi bagi mencapai hasrat murni dalam  kreteria tersebut dengan berasaskan slogan sekolah ”TEKUN USAHA JAYA”.